Gempa Bumi Di Sumatera | Ancaman Tsunami Di Malaysia
Semalam di Sumatera Indonesia telah dikejutkan dengan gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter. Rata - rata di media sosial telah memberi amaran kepada masyarakat agar lebih berhati hati dengan ancaman Tsunami seperti yang telah berlaku pada tahun 2004.
Namun begitu, Jabatan Meteorologi Malaysia telah menafikan kenyataan Mengenai Ancaman Tsunami Di Malaysia.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter berlaku di barat daya Sumatera malam ini. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia setakat ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan di sini malam ini, gempa bumi itu berpusat kira-kira 649 km Barat Daya dari Siberut, Indonesia, iaitu 1,163 km Barat Daya dari Port Dickson, Negeri Sembilan pada 8.49 malam ini.
Berikutan kejadian itu, gegaran dirasai di beberapa tempat di Selangor dan Johor, menurut jabatan itu. Jabatan itu kini sedang memantau perkembangan gempa bumi itu, dan akan memaklumkan maklumat terkini, menurut kenyataan itu.
Tiada Ancaman Tsunami Di Malaysia
Kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur dan sama - sama mendoakan agar saudara kita di Sumatera selamat hendakNya.
Sumber:berita harian Online